Saturday, January 26, 2013

~ Pati Delima Gulsan ~

Assalamualaikum wbt.

ini dia pati delima itu :)


Suka mkn buah delima? Sya suke. tapi amatla ssh nk carik buah delima ni. tup2 akak ipar jual PATI BUAH DELIMA GULSAN ni. so saya pn cuba. sedap gak. takdela masam sangat pn. terfikir gak saya untuk joint die menjual pati ni gak. 


Kakak ipar saya beli jus ni dari Kedai Arab. Pak Arab tu import dari Turki. Sejujurnya saya minum pati delima ini kerana ianya sunnah Nabi. Selain dapat tumpang pahala, saya harap dan percaya apa yang Nabi kata tentang khasiatnya.

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)
Rasulullah juga bersabda,
“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”
(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)

Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)


Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.

Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :
  1. Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  2. Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  3. Membantu penghadaman
  4. Membuang lemak-lemak berlebihan
  5. Menambah tenaga
  6. Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  7. Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  8. Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  9. Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  10. Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  11. Mencantikan kulit

Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-
  1. Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah
  2. Mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
  3. Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
  4. Menghalang pembentukan sel barah payu dara
Lagi khasiat delima adalah:
  1. Melawan penyakit gout
  2. Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
  3. Merawat 'sinus'
  4. Meningkatkan tenaga
  5. Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
  6. Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
  7. Menormalkan fungsi hati
  8. Menstabilkan peredaran darah
  9. Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
  10. Mencuci darah kotor
Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain. Korang boleh google je khasiat delima ini dan tahu lebih lanjut dalam banyak article.

Nak tahu khasiat delima untuk ibu mengandung?

Pati Delima Gulsan dari Turki. Macam ni rupa bentuk dia.

ini bentuk dia (gambar ihsan google)

Macam yang tertera tu, dia adalah 100% extract buah delima (pati delima). Maknanya dari kulit sampai biji delima ada dalam pati ini. Yes!! At last saya jumpa sesuatu yang boleh saya buat supplement. Berkhasiat. Mendatangkan pahala. Juga mendatangkan kesihatan, insyaallah. Saya pun try makan 1 sudu. Pati ni sangat pekat. Macam Scott Emulsion. Pernah makan? Pekat macam syrup.


Boleh makan dengan cara-cara berikut:
  1. Makan terus dua sudu plastic besar, kemudian minum air (this is what i did, rasa masam, tapi sedap. Macam makan asam boi)
  2. Ambil 2 sudu besar, masukkan dalam cawan. Campur dengan air. (rasa masam – masam – masam – manis)
  3. Ambil 2 sudu besar pati delima, 2 sudu besar madu lebah. Campur dengan 1 cawan air.

Ini hasil pencarian PATI DELIMA GULSAN:
  1. Internet or any online traders: RM25 – RM30 sebotol.
  2. Pasar malam dan kedai-kedai kecil dekat hypermarket: RM19 – RM20 sebotol.
  3. Kedai Pak Arab dekat area rumah: RM............ murah dari kedua-dua harga di atas. Sebab Pak Arab tu adalah kedai borong. Hahahahahaha oh senangnya hati.


Nah, ini harga jualnya:
  1. RM15sebotol without postage.
  2. RM13 sebotol utk 10 botol ke atas (korang pakat-pakat lah mak 2 botol, korang 2 botol, kakak ipar 2 botol bla bla bla bla)
  3. Kalau beli 24 botol a.k.a 1 katon, maka lagi senang kira, sangat amat murah. Sila email saje lah utk price tersebut.

Korang kira sendiri lah. Kalau beli dekat internet rm25 sebotol. 10 botol dah rm250. Tapi sebab nak tolong korang memakan pati ni, maka saya bagi jimat RM120! Rm130je weh....10 botol sudah.

For any request utk minta saya beli:
sms / call : 017-6113649

* Lelaki pun makan pati delima, sangat elok mengelak dari kanser prostat!


Buah Delima Untuk Ibu Mengandung



Ini bukan cerita pasal seronok menjual, tapi cerita pasal betapa ramainya orang dah tahu tentang khasiat delima. Sudah-sudahlah minum orange juice kakak-kakak. Love your body? Consume healthy foods! (ayat nak MLM sangat kan? Hahaha) Dont worry, ini bukan produk MLM. Ini pati delima imported from Turki. Pak Arab jual. Saya tolong anda beli. :)


Bagi saya anda ni beruntung, kenapa? Sebab masa saya mengandung dulu, saya nak sangat makan buah delima, tapi susah sangat nak dapat. Tapi seriously masa tu tak terfikir pun tentang jus delima atau pati delima. Fikir buah semata-mata.

Sekarang bila dah start jual ni, saya selalu teringat pada mana-mana ibu mengandung, dan akan surely suggest them to take buah delima everyday. Tapi, mana nak dapat buah delima merah merekah begini?

Gambar ihsan Google
Ok lah, terus kepada khasiat buah delima untuk ibu mengandung. Sebelum tu, anda dah baca entry khasiat delima yang saya tulis sebelum ni?

Buah delima adalah antara buah yang disebut di dalam Al-Quran.

“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

Entry kali ini khas utk ibu mengandung. Saya tahu, bila pregnant, kita mahu makan makanan yang terbaik supaya baby pun membesar dengan sihat dalam rahim kita. Jadi, delima adalah salah satu buah yang sangat bagus untuk kesihatan ibu, dan baby dalam kandungan. Antara khasiat delima untuk ibu mengandung adalah:

1. sumber besar folic acid (untuk pertumbuhan saraf baby)
2. pertumbuhan otak baby (a study published in Pediatric Research found that drinking promegranate juice during pregnancy help protect newborns' brain during traumatic births)
3. meningkatkan kesuburan dan memelihara rahim
4. mengandungi vitamin A,C,dan E untuk baby dan ibu
5. mengurangkan morning sickness untuk ibu mengandung
6. mengurangkan bengkak kaki atau "edema" ibu yang mengandung
7. mencantikkan kulit baby dan ibu
8. penerang hati. (Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari)

Ini semua sumber pembacaan di internet. Anda boleh search untuk tahu lebih lanjut. Tapi memang buah delima sangat bagus. Saya suggest ibu mengandung ambil makanan dan minuman yg natural kalau boleh. Jus delima, jus tamar (kurma) dan banyakkan makan kekacang yang bagus macam hazelnut dan macadamia nut, kismis dan sebagainya.

Jadikan snek. Nak anak cantik kan? Mesti.. nak dia sihat kan? Mesti... Nak baby bijak dan sangat cepat belajar kan? Mesti... so, consume makanan dan minuman yang bagus sahaja.

Antara kebaikkan buah delima yang lainnya adalah:

  1. Pomegranate seeds are eaten to have quality and quantity of babies.
  2. Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia.
  3. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
  4. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
  5. Dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic.
  6. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.
  7. Dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal.
  8. Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141. "
  9. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.
  10. Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadaman.
    Manfaat : membantu jantung, dimana jus delima ini kaya antioksidan yang membantu mencegah penyumbatan pada pembuluh darah arteri oleh kolesterol. Jus delima ini juga dihubungkan dengan pencegahan terjadinya kanser prostat.


(sumber dari blogger-blogger yang menulis tentang delima. TQ bloggers!)

Jadi ibu mengandung ni kita mesti sangat rajin bertanya, rajin membaca. Based on experience, masa pregnant dulu saya rajin chit chat dengan kawan-kawan, mereka surf internet, dapat info, kita share. We really want a healthy baby and really want to give our very best to our baby.

So, for those yang tengah fikir-fikir mana nak cari buah delima ni, boleh beli pati delima saje. 100% ekstrak buah delima. Rasa memang sedap. It is not the intention to sell sahaja, sebenarnya saya jual untuk membantu sebab saya sendiri tahu kesusahan mencari biah delima ni.


Kalau anda rasa saye jual sebab nak kaya sangat, salah di situ. Saya tak pernah jual barang macam ni. This is the 1st time. Dan saya jual setelah saya cuba dan saya rasa kelebihannya. Lagi satu sebab paling penting, ini bukan produk MLM. Saya ambil dari kedai arab.

11 comments:

  1. Assalamualaikum tuan,
    Base kat mana ni?
    Boleh saya berjumpa dan membelinya dari tuan secara langsung?

    ReplyDelete
  2. saya kat tanjung malim. ape2 hal boleh what app 0176113649 atau add sya kat FB Roziati Mdali

    ReplyDelete
  3. penghantaran mcmane ye? ada stok lagi ke?

    ReplyDelete
  4. Salam tuan,
    Blh tak jus delima ini menyembuhkan penyakit buasir. Bagaimana cara pemakanan
    dan amalan dlm penyembuhan penyakit ini.

    Sekian.

    ReplyDelete
  5. Asslamu'alaikum.. saya dari Jakarta Indonesia.. Apakah bisa order ke Jakarta? Trimakasih.

    ReplyDelete
  6. Kakak ipar sy pn amalkan ms tgh prgnant anak ke3.. Alhamdulillah anak dia dh 3bln umur..kulit cerah elok ruam apapn xde..org ty apa dia amalkan ms prgnt..jus delima ni je sbb nk kurangkan loya..sy pn dh mula try sbb jnis xbole telan pil2 atau suplment..yg ni mudah..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah baru je beli td di kedai jamu memang murah rm15 je...terkejut jgk betul ke harga nya...tergerak beli sbb sekarang tgh prgnt pastu tukang urut suggest soh mkn delima atau jus delima...td pun ikut mak g kedai jamu tny peniaga tu ade jual jus delima tak..dia pun tunjuk pati delima ni tny harga rm15.. murah...then tny peniaga tu bgus ke sbb tak pernah dengar pun pati ni dia ckp memang bgus dr yg lain2 yg ada jual dekat situ...blk umah try google khasiat delima tak sangka memang bagus pati ni ya...tak sia2 beli...berbaloi...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah baru je beli td di kedai jamu memang murah rm15 je...terkejut jgk betul ke harga nya...tergerak beli sbb sekarang tgh prgnt pastu tukang urut suggest soh mkn delima atau jus delima...td pun ikut mak g kedai jamu tny peniaga tu ade jual jus delima tak..dia pun tunjuk pati delima ni tny harga rm15.. murah...then tny peniaga tu bgus ke sbb tak pernah dengar pun pati ni dia ckp memang bgus dr yg lain2 yg ada jual dekat situ...blk umah try google khasiat delima tak sangka memang bagus pati ni ya...tak sia2 beli...berbaloi...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum cik/puan,

    PATI DELIMA GULSAN
    Made in Turki

    1 ๐Ÿถ : RM15
    3 ๐Ÿถ : RM40
    ๐Ÿš™ • KL / Shah Alam
    ๐Ÿ“ฆ • Semenanjung (RM7)

    Berminat ๐Ÿค— Ingin Order
    ๐Ÿ“ž: 0174600076

    Cara pembayaran:

    • ๐Ÿ’ต (Tunai)
    • ๐Ÿ’ณ (Bank-in)

    ReplyDelete
  10. Berapa kali sehari makan pati delima ni?

    ReplyDelete
  11. Lucky Club Casino Site - Play Slots and Live - Lucky Club
    Lucky Club is a new online casino which has been in operation since 2020 and is available at top casino online. ์นด์ง€๋…ธ์‚ฌ์ดํŠธluckclub Get involved to get

    ReplyDelete